Bujang Memasak di majalah...

Anda bujang? Dan anda suka memasak?

Jika ya, andalah orang yang kami cari-cari. Wah cam iklan tv plak. Tapi ni betul ni, bukan sekadar iklan kosong. Kalau anda berminat nak masuk majalah untuk kolum Bujang Memasak di sebuah majalah, jangan lepaskan peluang ni, replylah di blog ni. Mana tahu bakat memasak anda terserlah dengan adanya peluang khas ini. Paling penting, selain dapat berkongsi menu istimewa, muka anda juga akan bakal dipaparkan bersama menu terpilih anda. Menarik tu..

Tak salah mencuba sesuatu benda baru....

Merewang di Johor...

Antara percaya dengan tidak, Sabtu lalu saya dan rakan sempat bercuti ke Johor. Menariknya plan tak dijangka ini meninggalkan seribu kenangan untuk saya. Hajat kami untuk menghadiri majlis perkahwinan best friend saya di Segamat menjadi lebih panjang dengan percutian ke Batu Pahat. Jauh tu. Mulanya kami sepakat untuk sekadar singgah beraya..tapi ter bermalam plak jadinya. Tambah plak kebetulan ada majlis kenduri di rumahnya, jadi kami tidak lepas peluang untuk sama merewang (perkataan jawa, maksudnya berkenduri kendara) menyiapkan juadah yang disajikan). Jenuh juga memotong itu dan ini sehingga habis untuk juadah Jelatah, Tomyam dan juga Sambal Goreng. Pun begitu rasa seronok jugak dapat pengalaman sebegini, tambah plak bukan selalu. Time ni lah nak mengasah 'skill' yang ada. Biarpun kepenatan, kami khususnya kawan saya Ila cukup seronok kerana dapat belajar benda yang baru. Makan nasi ambe'ng beramai2 dan menghirup cendol segar, semuanya jadi kenangan yang paling menyeronokkan.

Yang selalu saya ingat, keikhlasan kita untuk membantu lebih penting dari segalanya...penat pun tak mungkin terasa.

Kuatkah kita?

Perkhabaran dari petang semalam membuatkan hari ini tambah ceria. Nak bekerja pun rasa lebih relaks dan bersemangat. Alhamdulillah..kata orang tiap masalah yang datang lebih mematangkan kita. Pun begitu, kadangkala masalah juga boleh buat kita celaru, keliru dan buntu dengan pelbagai persoalan. Kuatkah kita mengharungi semuanya?

Ikan Keli Pokok Sawa...di mana?

Ntah kenapa pepagi ni nk citer pasal makanan plak. Mungkin sbb ari ni puasa gamaknya. Teringat saya dek ikan keli goreng yang cukup rangup dan enak di Warung Pokok Sawa, Mata Air, Perlis. Sedap sgt lah..saya yg tak makan ikan keli sgt pun bleh teringat2 sampai ke hari ni (kira mmg sedap sgt lah). Krew kami yang main 'terjah' untuk dimuatkan dalam majalah, diberikan layan cukup baik oleh tuan empunya kedai. Kami dihidangkan hampir 13 jenis resipi tradisional Perlis yang mmg 'meletup'. Ntah bila nk merasa sekali lagi dan ntah bila pula nak turun ke Perlis lagi. Terima kasih en syed dino dan isterinya, kak najwa. Thanks a lot ya..

p/s : teringat2 air asam, sayur asam petola, jeruk maman, gulai ikan seludu, terubuk bakar serta kerabu taugeh..perghhh, meleleh air liur...

Wajah baru

Ya, Skrip Kiroro berwajah baru. Terima kasih kepada kawan saya dan buku A-Z Blog: Tip untuk Blogger wanita hasil tulisannya. Jika anda pun inginkan 'wajah baru' untuk Blog anda, boleh klik pada link yang saya sediakan di bahagian tepi Blog ini.

p/s: nak try hal2 lain juga di Blog!

Lagu sedap...


Lantunan suara Yusry menang kena dengan lagu ni. sedap. Pernah dengar tak?

Masa telah bertanya setebal mana cinta kita
Dan diri ini tanpa sangsi
Kasih menyeri dan bersemi
Setiap kali mataku

Tercelik pasti ku bersyukur
Wajahmu menghias duniaku
Dan diri rasa bahagia
Indahnya ku rasakannya

Di hatimu tempat tinggalku
Tempat ku mengadu kehilangan hidupku
Di hatimu tempat ku teduh
Tak mahuku berada jauh dari hatimu
Mungkin ku tak seumpama

Insan romantis yang kau damba
Tiada warkah tiada mawar
Sekadar lagu yang ku bawa
Owhhh makin kau ku kenali
Makin lebih kau kusayangi
Ku terlihatkan gambaranmu dimata
Nikmat cinta di maya pada
Tenteram damai ku rasa

Di hatimu tempat tinggalku
Tempat ku mengadu kehilangan hidup
Di hatimu tempat ku teduh
Tak mahuku berada jauh dari hatimu

Sebelum dipisah kan takdir
Mungkin ini akan begini
Hingga manapun tak bisa di sesal leka kerana

Di hatimu tempat tinggalku
Tempat ku mengadu kehilangan hidup
Di hatimu tempat ku teduh
Tak mahuku berada jauh dari hatimu.....


Mungkin bukan idola...

Wah tajuknya bukan main lagi kan... Semalam ketika enak menjamu selera, tanpa diduga, Uji Rashid, penyanyi zaman 70-an (kalau tak silap lah) yang namanya begitu mashyur satu ketika dulu datang ke meja sambil menghulurkan mikrofon di tangannya supaya kami sama-sama menyanyikan lagu Seloka Hari Raya yang didendangkan bersama Hair Amir. Wah, panik seketika...hilang terus lirik dalam kepala biarpun selama ni lagu tu kira memang dah 'pro' sangat lah...kehkehkeh. Mungkin kerana panik bertemu idola..Nak kata minat sangat tidaklah, tetapi lagu-lagunya menjadi pujaan saya dan yang hairannya boleh pulak hafal walaupun sebelum ni langsung tak pernah dengar...tu kira idola ke? Lu pikir la sendiri beb...

...terhibur tengok Hail Amir yang masih merdu lantunan suaranya..

Makan Makan Lagi...

Sana sini orang dok sibuk menjamu selera di rumah terbuka. ..makan lagi!. Pantang hujung minggu saja, ada je jemputan yang memenuhi jadual. Tak ketinggalan jugak aku. Hari ni saja ada dua jemputan makan-makan. Satu di opis dan satu lagi di PNB Darby Park. Kata orang tak baik menghampakan ajakan orang, dan tak baik juga menghampakan permintaan perut sendiri...kehkehkeh..Jom Makan Makan.

Selamat Datang!

Hai! Selamat Datang ke dunia blog. Sekadar mencuba ketepatan buku A To Z Blog Untuk Wanita, 'buah tangan' pertama kawan saya. Ternyata, menjadi rupanya...hehehe.
So, selamat datang....