Wet World yang memenatkan...

Ntah macam mana plan ntah, hari sabtu baru-baru ni, aku n family..anak2 buah aku suma 'terpergi' Wet World di Shah Alam. Yang lawaknya, plan nk bawak anak buah aku sempena habis UPSR, alih2 yang pegi suma mak2 orang dan anak2 buah aku yang besar2 belaka. Cam x sesuai la plak kami berenam bermandi-manda di kalangan kanak-kanak kecil kt situ. X tau la apa pesen kakak ke dua aku tu, alih2 kensel last minute. Kalau lah tau kan, baik kami berenam g tgk movie je kan...br mencabar skit.

Pun camtu, aku tetap enjoy gak main-main air di celah budak2 kecik lain. Syok gak turun padang sekali sekala. Main gelongsor air ngan anak buah aku yg cuti sem. Balik umah semua terbaring kaku. Aku lagi la...melepek. Sampai ke hari ni tangan aku cam 'bengkek' semacam je. Ni smua penangan pelampung kuning yang aku teruja sangat tu. Naik turun tangga gelongsor air sampai stamina jadi 0...mana nk layan sakit dada sbb takut lagi. Macam2 lah...aku ingat aku berani sgt, rupanya kecut perut gak la. Sudahnya aku dok lepak bawah kolam setelah penat main gelongsor tu...

Anak buah aku dan adik bongsu aku dok aktif lagi 2 3 round main gelongsor tu. Tu buktinya faktor usia mengatasi segalanya..jeles la gua.

Pun camtu kta orang, tua bukan bererti semua aktiviti dah mula terbatas. Perasan muda dan perasan cantik umpama satu motivasi dan terapi pada diri. Ni lah yang aku dok buat skrg nihhh...cayalah beb.

Wa punya tag line..."pompuan cantik" tetap bersemi dlm dado den.

Datang dan Pergi???

Rupanya sukar juga bila mencuba sesuatu benda yg baru biarpun nmpk mudah caranya. Tugasan yang dirompak sempena kemasukan rakan baru ke team aku benar-benar mengalih selera aku sendiri. Maklumlah buhsan jugak asyik benda yang sama bertahun-tahun. Nah, kali ini semuanya dirombak. Sukar...mungkin sukar pada permulaannya. Tapi bila dah mencuba...wah rupanya lebih relaks dan menghiburkan. . apa tuh? Kini bermula 1 November lalu aku dh pun memulakan tugas yang baruuu...bukan kerja, tp tugasan sedikit dh berubahh...go go chaiyuk dear...

Insyaallah semua ini bakal menaikkan semangat baru pada aku.

Pun dlm pada seronok menerima tugasan baru dan rakan baru, yang terpaksa aku terima tentunya kehilangan seorang dari rakan aku. Apa yang aku boleh katakan, pertukaran kak Lina ke jabatan lain sangat menyedihkan hati aku. Sejujurnya aku sedih sangat2. Bukannya selama ini aku terlalu bergantung pada dia, tapi kata orang semangat 'perkawanan' tu punya 'kekuatan' tersendiri, melebihi segala2nya. To Kak Lina, if you read this blog (kalaulah)...tq for your support. You're the good listener...biarpun tak banyak ayat dan bait perkataan yang keluar...semuanya meredakan. Tq so much....

Diam-diam aku pujuk hati aku dan lama-lama aku mula redha dengan 'kehilangan' Kak Lina kerana aku tahu sememangnya dia nak sangat2 pertukaran ni sejak dulu lagi. Untuk Kak Lina..i know u can do it! Walau apa pun aku akan sentiasa sokong dari belakang...begitu jugak dengan Kak Ita n Ani. Setakat nak tanya apa nk buat untuk Dapur...no prob lahhh...we have a lot of idea. Mangkuk, sudu, kabinet dapur, bar counter, ekonomi wanita..kehkehkeh..semua pun bleh...Go Go Gurlzzz...

Daging Sultan?

Pagi tadi saya sempat menjamu juadah paling istimewa, resipi tradisi Kak Hamidah sekeluarga iaitu Daging Sultan yang enak sekali. Masuk sahaja suapan ke mulut, rasa terkejut dengan rasanya...wahhh hebat sekali. Dagingnya lembut, rasa pedas, manis dan masinnya stabil sekali. Sungguhpun saya bukan penggemar daging..tp kali ini saya betul2 'melantak' tanpa fikirkan apa-apa pun. Kata Kak Hamidah, daging ini direbus dengan serbuk cili dan rempah ratus lain sebelum di masak dan ditumis seperti biasa. Boleh tak anda bayangkan macam mana punya hebat daging ni? Rasanya memang wallahhh...xtau nk ckp beb...

Struktur tiap satu daging tu saja dah mengingatkan saya pada rasanya yang enak, mcmn tuh??
Anda patut mencuba dan merasa sendiri keenakkan masakannya..

sampai petang ni pun masih rasa nk makan, tambah dan tambahhh...waaaaa lapar la bebb..

Kongsi Percutian Anda!


Mungkin anda pernah ke luar negara baik bercuti, lawatan kerja mahupun menyambung pelajar. Apa kata anda kongsi saat manis percutian, tugasan dan waktu-waktu berharga ini bersama Majalah Rasa terbitan Karangkraf. Di sini anda boleh mempamerkan gambar-gambar percutian anda dan menceritakan keseronokkan mengenai negara luar.


Wahhh..ayat cam promote habis ni. Tapi ni memang betul, bukan dogengan. Apa salahnya untuk anda berkongsi dan menatap gambar anda sendiri di majalah sambil bercerita mengenai makanan, restoran dan apa jua mengenai makanan semasa percutian anda. Bukankah lebih indah bila semua ini dapat dikongsi bersama pembaca. Untuk anda semua, jika berminat, bolehlah menghantar sebarang no untuk dihubungi melalui email siti.ramlah@karangkraf.com.my.
Pix di atas gambar contoh semasa percutian ke Bandung, Julai 2008 lalu.


Jangan lupa...

Minggu yang memenatkan!

Rasanya dah lama sangat aku tak menulis untuk blog ni. Maklum sahaja sepanjang minggu ini, aku melalui hari-hari yang penuh kesibukan, deadline yang menuntut separuh dari masa rehat...ye ker? Boleh dikatakan begitulah tugas-tugas harian yang rasanya dah menjadi 'badi' dalam hidup aku. Pun begitu, semua ni jadi satu keseronokkan yang tak terhingga biarpun ia kadangkala boleh jadi kudis dalam diri sendiri jika tak pandai nak mengatur jadual. Maklumlah ada masanya, kita hilang pertimbangan diri sendiri kala terlalu penat bekerja. Insyaallah, untuk dua tiga hari ini, aku akan kembali menulis untuk diri sendiri dan kalau ada pengikutnya...(untuk anda juga..jumpa lagi!...