Wet World yang memenatkan...

Ntah macam mana plan ntah, hari sabtu baru-baru ni, aku n family..anak2 buah aku suma 'terpergi' Wet World di Shah Alam. Yang lawaknya, plan nk bawak anak buah aku sempena habis UPSR, alih2 yang pegi suma mak2 orang dan anak2 buah aku yang besar2 belaka. Cam x sesuai la plak kami berenam bermandi-manda di kalangan kanak-kanak kecil kt situ. X tau la apa pesen kakak ke dua aku tu, alih2 kensel last minute. Kalau lah tau kan, baik kami berenam g tgk movie je kan...br mencabar skit.

Pun camtu, aku tetap enjoy gak main-main air di celah budak2 kecik lain. Syok gak turun padang sekali sekala. Main gelongsor air ngan anak buah aku yg cuti sem. Balik umah semua terbaring kaku. Aku lagi la...melepek. Sampai ke hari ni tangan aku cam 'bengkek' semacam je. Ni smua penangan pelampung kuning yang aku teruja sangat tu. Naik turun tangga gelongsor air sampai stamina jadi 0...mana nk layan sakit dada sbb takut lagi. Macam2 lah...aku ingat aku berani sgt, rupanya kecut perut gak la. Sudahnya aku dok lepak bawah kolam setelah penat main gelongsor tu...

Anak buah aku dan adik bongsu aku dok aktif lagi 2 3 round main gelongsor tu. Tu buktinya faktor usia mengatasi segalanya..jeles la gua.

Pun camtu kta orang, tua bukan bererti semua aktiviti dah mula terbatas. Perasan muda dan perasan cantik umpama satu motivasi dan terapi pada diri. Ni lah yang aku dok buat skrg nihhh...cayalah beb.

Wa punya tag line..."pompuan cantik" tetap bersemi dlm dado den.

1 comments:

Ani Nadila Yusof said...

Mandi bagai nak rak, bila dah hitam muka tu kecoh lak. Dah la tak hajak aku.. huahua