Daging Masak Sultan...kasik leleh air liur daaa...

Ntah kenapa lak kali ni hati aku tergerak nak kongsikan resipi yang baru aku shooting untuk bahan Februari lalu. Mungkin jugak time ni lapar kot.... Kalau ada yang perasan, aku dh pun pernah story dalam post terdahulu pasal resipi sedap ni. Resipi ni sebenarnya resipi keluarga Kak Hamidah dari Pulau Pinang. Ya Allah, tak tau nak cakap rasanya camna. Memang sedap...sangat2. Cubalah yer...

DAGING MASAK SULTAN

BAHAN-BAHAN:
1kg daging -dipotong sederhana kecil
4 biji bawang besar
2 sudu makan bawang putih dan halia kisar
4 sudu makan pes sup (Kimball)
1 sudu makan kicap
4 sudu makan serbuk cili
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
1/2 sudu teh serbuk kunyit
30gm daun pudina
20gm daun ketumbar
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus daging bersama serbuk cili, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan air hingga daging empuk.
2. Panaskan minyak dan goreng hirisan daging yang siap direbus tadi hingga masak. Ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili hijau, daun ketumbar dan daun pudina hingga naik baunya.
4. Masukkan air rebusan daging, pes sup (Kimball) dan juga kicap.
Biarkan hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging goreng tadi dan biarkan hingga mendidih.
6. Sedia dihidangkan.


p/s: Time makan tu aku sebenarnya nak tambah nasi lagi, tapi malu ya amat...teringat-ingat sampai sekarang.

Jom Balik Kampung...

Rasanya dah lama sangat aku tak menjengah tanah kelahiran aku ni. Kali terakhir aku menjejakkan kg tercinta, raya haji yang lalu. Dalam dua bulan apa la gamaknya yang jadi kat kg aku....tanah merah sekian lama tu dah berturap kot gamaknya. Gamaknya lah...Untuk itu, sok aku pastikan apa yang latest di sana. Mana tau parit2 di sepanjang jalan dah tukar jadi lautan luas, atau tanah bendang di sekeliling rumah aku dah jadi ladang kelapa sawit ...sapa tau kan??

Doakan perjalanan aku selamat ya...untuk teman2 opis (yang bc lah)...jgn rindukan aku okei.

KurnianTUHAN SEMESTA ALAM

DEMI MATAHARI

Demi matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit dan serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah

Demi matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit dan serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah

Allah mengilhamkan sumber kefasikkan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya....subhanallah.

(lirik lagu yang dipetik daripada surah As Syam).

Nilai Sebuah Persahabatan

Secebis kasih buat kita rasa SAYANG ….Seucap janji buat kita lebih percaya…..

Sekecil-kecil luka buat hati kita KECEWA…..
Tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA

Hari Bertemu Pembaca


wit kak ida (editor nona) dan syadah

kak ita n ila

Mini Karnival Karangkraf pad 27 Februari -1 Mac lalu buat hidup aku bertambah sibuk. Seminggu awal kami sibuk ke sana kemari mengambil hadiah dan barangan sponser. Tak ketinggalan juga mengadakan persiapan untuk gerai. Mana nk balut hadiah dan sebagainya.

Pun dalam pada sibuk tu...kami juga terpaksa menyiapkan bahan untuk Mei 2009. Bayangkan betapa payahnya nak lakukan semua tu sekali. Nasib jugak aku ada 2 3 bahan stok..bleh la curi-curi waktu untuk menguruskan hal karnival.

Hari pertama karnival, badan jadi terkejut dan kalut semacam. Maklumlah dh lama tak turun padang, kalau adapun setahun sekali je...itupun time Pesta Buku. Masuk hari kedua badan jadi lemau dan penat semacam. Balik rumah je terus nk pikir berehat. Rancangan menarik kt TV pun cuma jd santapan kosong pada jiwa aku. Tapi ntah macam mana hari ketiga bawak semangat skit pada aku. Mungkin jugak hari tu aku dah kembali sihat macam orang. Kalau tak, nak berdiri pun aku rasa x mampu. Alhamdulillah...syukur pada Tuhan.

Walaupun penat, jauh disebaliknya rasa seronok tidak terhingga bila melihat majalah yang aku tulis selama ni terjual habis. Sampai hari penutup, jam 8 30 malam, baki yang ada tinggal sekeping je. Alhamdulillah sangat2. Rasa kepuasan tidak terhingga walaupun time tu hujan lebat selebatnya sampai banjir gerai kami.


Keseronokan utama tentulah dapat berjumpa dengan pembaca Majalah Rasa sendiri. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak dapatkan majalah ni. Ada pula yang tidak mahu bergerak dari gerai kami hanya semata-mata menunggu stok yang tak sampai-sampai. Tak kurang juga yang memberikan nasihat dan apa yang mereka inginkan lebih dari majalah ini. Sungguh...terima kasih aku ucapkan. Semua ni semacam satu semangat untuk aku bekerja lebih gigih. Terima kasih semuanya.