Hari Bertemu Pembaca


wit kak ida (editor nona) dan syadah

kak ita n ila

Mini Karnival Karangkraf pad 27 Februari -1 Mac lalu buat hidup aku bertambah sibuk. Seminggu awal kami sibuk ke sana kemari mengambil hadiah dan barangan sponser. Tak ketinggalan juga mengadakan persiapan untuk gerai. Mana nk balut hadiah dan sebagainya.

Pun dalam pada sibuk tu...kami juga terpaksa menyiapkan bahan untuk Mei 2009. Bayangkan betapa payahnya nak lakukan semua tu sekali. Nasib jugak aku ada 2 3 bahan stok..bleh la curi-curi waktu untuk menguruskan hal karnival.

Hari pertama karnival, badan jadi terkejut dan kalut semacam. Maklumlah dh lama tak turun padang, kalau adapun setahun sekali je...itupun time Pesta Buku. Masuk hari kedua badan jadi lemau dan penat semacam. Balik rumah je terus nk pikir berehat. Rancangan menarik kt TV pun cuma jd santapan kosong pada jiwa aku. Tapi ntah macam mana hari ketiga bawak semangat skit pada aku. Mungkin jugak hari tu aku dah kembali sihat macam orang. Kalau tak, nak berdiri pun aku rasa x mampu. Alhamdulillah...syukur pada Tuhan.

Walaupun penat, jauh disebaliknya rasa seronok tidak terhingga bila melihat majalah yang aku tulis selama ni terjual habis. Sampai hari penutup, jam 8 30 malam, baki yang ada tinggal sekeping je. Alhamdulillah sangat2. Rasa kepuasan tidak terhingga walaupun time tu hujan lebat selebatnya sampai banjir gerai kami.


Keseronokan utama tentulah dapat berjumpa dengan pembaca Majalah Rasa sendiri. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak dapatkan majalah ni. Ada pula yang tidak mahu bergerak dari gerai kami hanya semata-mata menunggu stok yang tak sampai-sampai. Tak kurang juga yang memberikan nasihat dan apa yang mereka inginkan lebih dari majalah ini. Sungguh...terima kasih aku ucapkan. Semua ni semacam satu semangat untuk aku bekerja lebih gigih. Terima kasih semuanya.

0 comments: