Nak rasa perasan glamor tak?


Korang musti tak bape nk cam aku sangat kan? Pix ala-ala dalam galeri dan bilboard ni aku bikin sendiri tau..nk cuba, klik www.photofunia.com. Cubalah.


Tanpamu mampukah aku??

Tanpa

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..cintamu aku resah
tanpa..kasihmu aku hampa
Tanpa..dirimu aku nanti

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati…

Resah yang kuubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti ...

Outstation mmg penat tp cukup menyeronokkan pada aku sbb ni lah masanya kt bleh jalan ke tempat2 orang. Bukan berjalan time keje ok, cuma merasa tempat dan suasana bekerja di tempat orang. Punya lebih masa barulah berjalan2 cari barang. Yang menjadi masalahnya tiap kali nk kuar daerah ni adalah nk carik dan uruskan sendiri semua kerja di sana. Biarpun susah dan rumit, pun camtu aku cukup suka buat2 aktitviti seumpama ni....br vasertile dan serba boleh kata orang.

Untuk persediaan 2 mg sblm pergi ni, aku dh siap2 carik dan mintak tajaan hotel penginapan di sana. Celaru jugak ni bikin semua proses ni. Untuk tidak sulit dikemudian hari, aku dh mintak tajaan empat buah hotel yang sudi menaja kami...tu lah, xnak nk guna duit sendiri. Masak la beb...karenah hotel ni pun buat aku sakit kepala gak. Xpelah, kata nk dok free ikutkan aje lah kehendak depa ni. X gitu cik kiah...

Yang penting aku mahukan outstation aku kali ni yg terbaik dlm hidup aku...sama mcm aku pergi ke Perlis dan Penang tahun lepas. Aku rasa plan aku time tu yang paling baikkk...kemas dan terpuji. Wahhhh...masak bakul angkat sendiri ni. Xper korang bukan kenal aku kan...puji lebih2 pun mana korang leh sakit hati....hehehe.

Mc owh mc!

Sekali tengok tajuk cam McD lak...bukan mcD lah tapi MC. Tu maknanya sakit lah tuh. Sakit apa? Dh tentulah mata aku yang still x baik2 ni. Akhirnya setelah menziarahi doktor buat kali ke3 aku disahkan sakit mata jugak. Aduhhh..peritnya nak terima kenyataan ni. Tapi apa daya aku untuk lawan semua ni. Kata orang, sakit tanda kurangnya dosa yang kita dah lakukan. Apa dosa aku haaa...?? Agaknya pasal br cakap tak nak balik beraya kot. Kot jelah.



Lawatan kali ke2 aku ke sebuah klinik baru yang diperkenalkan kawan aku membuat aku makin bersemangat untuk sembuh. Doktor wanita yang merawat aku ni baik sangat, rasa sejuk hati. Dia sendiri sahkan yang aku tak sakit mata dan jangan risau dengan jangkitan kepada orang lain. Lega hati aku sbb fikir aku still nk datang keje, tak naklah memudaratkan kawan-kawan.



Perggh.. nak tau apa jadi lepas tu?? Sehari lepas titikkan ubat ke mata, terus mata aku jadi merah bak bijik saga. Merah sangat sampai aku pun pelik. Sekali tengok cam 'membela' plak....tapi aku takla pulak sakit, cuma merah bagai nk giler jer.



Tak puas hati, sok malamnya aku ke klinik tu sekali lagi...ha tu dia. Doktor yang bertugas malam tu dah terkejut tengok aku. Sekali pandang je dia dah sahkan aku sakit mata. .mcmn tuh beb??

Pemilik Sang Mata Cantik!

Mata memang kurniaan terbesar Allah SWT untuk umatnya bagi melihat seluruh ciptaan AgungNya dimuka bumi ini. Tanpa sepasang mata ini, mana mungkin anda mampu menilai tingginya lambungan ombak di laut, indahnya warna merah biji saga, jernihnya ikan di sungai dan besarnya langit membiru?. Bolehlah aku katakan begitu banyak azabnya tanpa penglihatan jelas ini...

Inilah yang aku alami sepanjang minggu ni. Bermula dengan mata aku yang tiba-tiba ketumbit (ntah mcmn bleh ada lagi ketumbit zaman modern ni) dan kemudiannya merah macam bijik saga. Ya Allah....sukar sekali aku rasa. Bila aku tunduk terlalu lama, bila aku beralihkan arah pandangan, aku dh mula kabur dan tak mengenali insan di depan mata aku sendiri. Ya Allah..apa dah jadi dengan aku???? Kegelapan dan sukar melihat menjadikan aku baran 24 jam sampaikan aku mula sedar besarnya 'kuasa' penglihatan yang Allah anugerahkan untuk aku.

Khamis lepas aku dh mintak cuti dari my bos sbb badan rasa tak sihat sangat. Sakit mata sampai rasa pening dan badan pulak seram sejuk menggigil. Minggu ni pulak aku amik 2 jam sbb badan rasa tak sihat lagi, sentiasa pening kepala. Ni antara kesan mudah yang aku kaji sepanjang aku sakit mata ni (mak aku kata kena kata sakit bontot)...

Aku harap sangat mata aku kembali 'bersinar' dlm jangka waktu terdekat ni. Nak sangat aku menatap wajah setiap dari rakan-rakan dengan penuh yakin dari hati aku sendiri. Ni aku rasa serba salah bimbang orang2 yang aku sayang dijangkiti penyakit mental ni klu terkena panahan mata aku lelama...sedih plak aku rasa.

Apapun untuk ani, k ita dan kak lina, terima kasih kerana banyak bagi sokongan untuk aku berdepan dengan manusia-manusia lain di ofis ni. Tq jugak kerana memperkenalkan aku dengan Klinik Damai dan membelikan aku spek hitam kalis cahaya versi mahal...(eh betul ker nk beli ni??)..

p/s: Buat kalian semua, doakan aku cepat sembuh ya. Moral down betul aku menghadapi semua ni. ..sungguh!

Kisah nak balik raya...

Pejam celik pejam celik rupanya Raya AidilFitri dah pun lama berlalu. Kali ni kisahnya pasal raya haji plak. Nak balik kampung atau tak kini menjadi persoalan utama antara aku dan kakak aku...mcmn tuh? Aku sebenarnya serba salah antara mak bapak dan adik aku di sini. Mak aku br saja balik dr KL mggu lepas. Hari tu semua (kakak, abg sulung, abg ke 3, kakak ke 2) suruh stay di sini sampai raya, bapak aku tolak mentah2. Kononnya dah terlalu lama di KL. Yelah, memang betullah mak dan ayah aku dh dok KL lama, dekat sebulan lebih. Kesian pulak depa, dok teringat2 kg, surau dan kawan2 di sana.

Yang menjadi masalahnya ni, adik aku baru saja kerja di tempat barunya. Dia dah la susah skit nk memulakan tugas baru..sian dia. Dah la start keje 26/11 , cuti plak tak dapat. Mulanya nk temankan je dia kat sini, tapi camna plak dgn mak dan bapak aku di kampung. Tak pernah jadi sejarah lagi kami adik beradik tak balik beraya ke kg. Hari ni dah 1 hb, tapi aku dan kakak aku still xdak keputusan utk blk atau tak. Kakak aku plak, laki dia mmg x cuti...Kalau aku nk blk boleh, tp xkan lah aku nk blk sorang drive. Ikutkan hati bleh je, tapi camna tuh??

Apa kata survey??