Pemilik Sang Mata Cantik!

Mata memang kurniaan terbesar Allah SWT untuk umatnya bagi melihat seluruh ciptaan AgungNya dimuka bumi ini. Tanpa sepasang mata ini, mana mungkin anda mampu menilai tingginya lambungan ombak di laut, indahnya warna merah biji saga, jernihnya ikan di sungai dan besarnya langit membiru?. Bolehlah aku katakan begitu banyak azabnya tanpa penglihatan jelas ini...

Inilah yang aku alami sepanjang minggu ni. Bermula dengan mata aku yang tiba-tiba ketumbit (ntah mcmn bleh ada lagi ketumbit zaman modern ni) dan kemudiannya merah macam bijik saga. Ya Allah....sukar sekali aku rasa. Bila aku tunduk terlalu lama, bila aku beralihkan arah pandangan, aku dh mula kabur dan tak mengenali insan di depan mata aku sendiri. Ya Allah..apa dah jadi dengan aku???? Kegelapan dan sukar melihat menjadikan aku baran 24 jam sampaikan aku mula sedar besarnya 'kuasa' penglihatan yang Allah anugerahkan untuk aku.

Khamis lepas aku dh mintak cuti dari my bos sbb badan rasa tak sihat sangat. Sakit mata sampai rasa pening dan badan pulak seram sejuk menggigil. Minggu ni pulak aku amik 2 jam sbb badan rasa tak sihat lagi, sentiasa pening kepala. Ni antara kesan mudah yang aku kaji sepanjang aku sakit mata ni (mak aku kata kena kata sakit bontot)...

Aku harap sangat mata aku kembali 'bersinar' dlm jangka waktu terdekat ni. Nak sangat aku menatap wajah setiap dari rakan-rakan dengan penuh yakin dari hati aku sendiri. Ni aku rasa serba salah bimbang orang2 yang aku sayang dijangkiti penyakit mental ni klu terkena panahan mata aku lelama...sedih plak aku rasa.

Apapun untuk ani, k ita dan kak lina, terima kasih kerana banyak bagi sokongan untuk aku berdepan dengan manusia-manusia lain di ofis ni. Tq jugak kerana memperkenalkan aku dengan Klinik Damai dan membelikan aku spek hitam kalis cahaya versi mahal...(eh betul ker nk beli ni??)..

p/s: Buat kalian semua, doakan aku cepat sembuh ya. Moral down betul aku menghadapi semua ni. ..sungguh!

0 comments: