Merewang di Johor...

Antara percaya dengan tidak, Sabtu lalu saya dan rakan sempat bercuti ke Johor. Menariknya plan tak dijangka ini meninggalkan seribu kenangan untuk saya. Hajat kami untuk menghadiri majlis perkahwinan best friend saya di Segamat menjadi lebih panjang dengan percutian ke Batu Pahat. Jauh tu. Mulanya kami sepakat untuk sekadar singgah beraya..tapi ter bermalam plak jadinya. Tambah plak kebetulan ada majlis kenduri di rumahnya, jadi kami tidak lepas peluang untuk sama merewang (perkataan jawa, maksudnya berkenduri kendara) menyiapkan juadah yang disajikan). Jenuh juga memotong itu dan ini sehingga habis untuk juadah Jelatah, Tomyam dan juga Sambal Goreng. Pun begitu rasa seronok jugak dapat pengalaman sebegini, tambah plak bukan selalu. Time ni lah nak mengasah 'skill' yang ada. Biarpun kepenatan, kami khususnya kawan saya Ila cukup seronok kerana dapat belajar benda yang baru. Makan nasi ambe'ng beramai2 dan menghirup cendol segar, semuanya jadi kenangan yang paling menyeronokkan.

Yang selalu saya ingat, keikhlasan kita untuk membantu lebih penting dari segalanya...penat pun tak mungkin terasa.

0 comments: