Makanan Singapura di Majalah RASA

Makanan Thailand sering jadi pilihan kita semua, namun berbeza plak dengan makanan Singapura. Korang pernah makan ke makanan Singapura ni? Ke sebenarnya tak tau apa makanan Singapura tu sendiri? Macam aku, setelah dibuat kajian baru aku tau makanan Singapura ni banyak dipengaruhi oleh pelbagai budaya, sama seperti masyarakat campur di Singapura. Makanan Singapura banyak di pengaruhi oleh masyarakat Melayu, Indonesia dan paling utama pengaruh Cina yang sangat kuat di sana. Yang aku tahu, masyarakat Singapura kebanyakannya tak gemar makan makanan pedas, malah sos lah jadi pilihan utama. Mungkin yang makan pedas tu ada mix orang negeri 9 gamaknya ataupun dah belajar makan pedas sejak merantau.

Apapun kalau nk kenal menu dan resipi istimewa Singapura, bolehlah mendapatkan Majalah RASA, Karangkraf isu bulan Februari 2009. Resipi Sup Tulang Merah, Mihun Singapura dan

Ketam Bercili serta aneka kuih muih seperti Kue Dadar, Kue Lapis, Talam Sengkuang dan sebagainya boleh diperolehi di dalamnya. Selamat Mencuba.

0 comments: