Tahun Baru di Terengganu...

Entah macam mana tahun ni aku membuka tirai tahun 2009 di Kuala Terengganu, satu-satunya tempat yang belum pernah aku jejaki. Dulu masa kecik-kecik pernah la sampai Terengganu tapi di Besut sahaja, tapi tak pula di Kuala Terengganu. Terasa sedikit asing di sini....mula-mula je lah. Pas aku dah terror ngan jalan kt sana, Kuala Terengganu ni macam home town aku lak rasanya...kehkehkeh.

Seronok gak sesekali meredah negeri orang walaupun atas tugasan kerja. Kata orang, sambil menyelam minumlah air sekali...walaupun aku tak tau apa-apa pasal jalan di Terengganu. Yang aku ada hanya peta Terengganu yang aku carik dalam internet dan tanya rakan-rakan seopis serta pandu arah melalui telefon oleh En Amir (yang menyambut kedatangan kami). Terima kasih pada Encik Amir yang menunjukkan arah secara detail dari Marang hinggalah ke Batu Rakit. Terpuji betul sifat dia ni....suka aku.

Terengganu memang cantik dan tersendiri sekali pada aku. Sepanjang jalan aku tak terasa penatnya kerana pantai yang cukup mengujakan di sepanjang jalan. 7 jam memandu langsung tak terasa pada aku...walaupun hujan lebat sepanjang jalan.

Laut yang membahaya (ada bendera merah beb) cukup mengujakan aku. Tambah plak bilik penginapan kami, Gem Beach Resort di Batu Rakit, terletak betul-betul dengan pantai. Tiap malam aku dengar ombak 'mengganas' dengan kuatnya...ermmm, kampung aku mana nk dapat bunyik camni. Yang ada hanya cengkerik ntah dari celah mana.

Paling best, aku sempat melihat macam mana keropok lekor dibuat secara tradisional di Seberang Takir. Memang best giler aku rasa...sempat gak aku mengabadikan gmbr peribadi di celah-celah makcik uli tepung sagu tuh. Walaupun aku bukan penggemar keropok lekor (tak makan langsung) tapi cara pembuatannya yang tradisi habis buat aku kagum...Pada aku semua masyarakat di Terengganu memang gigih dan tersendiri. Itu tambah buat aku kagum lagi.

Empat hari di sana memang tak cukup pada aku. Mana nak kejar shooting dan memenuhi bahan Mac. Tapi aku dan Yanti tetap curi-curi masa melawat Masjid Kristal dan monumen masjid yang sebanyak 22 buah tuh. Sempat jugaklah kami bersolat di masjid yang diiktiraf ni. Paling utama aku dan Yanti dah sampai Tajmahal dan Masjidil Haram di sana...cukuplah, maklumlah nk ke Mekah belum berkemampuan rasanya.

Paling menarik lagi, dalam perjalanan pulang...kami redah mana-mana kampung di sisir pantai untuk ambil gambar. Aku rasa ini impian atau angan-angan dalam mimpi aku kot...nk berada di pantai yang cantik tapi jauh dari permandangan biasa yang pernah aku lihat. Inilah dia!

Terasa kenangan di tiup angin menggila dan ombak yang seolah mengejar kami tak mampu aku lupakan sampai bila-bila. Aku pasti akan ke Terengganu sekali lagi...untuk percutian, bukannya kerja. Pasti!

2 comments:

sHutDoWN said...

eppy besday to u...

kiroro said...

tq..tq..daa tua laa..