Perginya 2008...

Rasanya dah lama sangat aku tak melayari dunia blog-blog ni. Ntah la apa sebabnya...tu aku tau tu, tentunya aku terlalu busy menggila la kot. Apa-apa pun sebelum aku dok berceloteh tak tentu hala, aku nk ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua..

Kemunculan Tahun Baru ni tentunya muncul usia baru untuk aku juga. Nak tau berapa?? kehkehkeh tentulah rahsia! (dh rahsia plak). Pada aku umur bukan ukuran segalanya...aku selalu menghitung pada usia ini, apa yang telah aku ada. Paling utama, dapat tak target yang selama ini aku war-warkan untuk nak apa dan apa. War-war ni sure lah aku sorang je yg tau (dlm hati lah tuh beb...)

Paling aku bangga..penutup tahun 2008, dan sebelum usia aku menjangkau setahun lagi, aku dah pun memiliki rumah sendiri..alhamdulillah. Dari hati kecil aku...secara peribadinya, aku rasa aku dah mencapai target untuk memiliki rumah sendiri sebelum usia....?? Tak sangka juga aku dah melakukannya walaupun terasa payahnya. Congratulation dear...

Walaupun luasnya sekangkang kera, dan ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan harganya mahal...tp aku tetap gagahkan hati dan teguhkan jiwa dengan kemahuan aku yang satu ni. Tak kisahlah, asalkan semuanya direstui oleh mak dan pak. Begitu juga dengan kakak-kakak aku yang lain...sepenuhnya menyokong aku walaupun pada mulanya ada skit2 suara-suara sumbeng...hihihi.

Insyaallah, dlm tahun 2009 ni aku akan melangkah ke rumah baru dengan gembiranya. Aku harap sangat gaya hiasan dan penataan sepenuhnya seperti yang aku idamkan selama ni...doa aku moga rezeki aku sentiasa bertambah dari hari ke hari untuk mencantikkan harta yang satu ini.

Pun begitu sebagai manusia, tentunya aku tak lupa pada kewajipan lain. Yang selalu aku ingat...jangan kerana mengejar harta duniawi, bekalan untuk akhirat aku alpa begitu sahaja.

Untuk itu, sempena tahun baru..aku mohon moga diberikan hati yang bersih dan kekuatan iman yang lebih. Moga rezeki aku juga makin bertambah...amin.

0 comments: