KurnianTUHAN SEMESTA ALAM

DEMI MATAHARI

Demi matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit dan serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah

Demi matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit dan serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah

Allah mengilhamkan sumber kefasikkan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya....subhanallah.

(lirik lagu yang dipetik daripada surah As Syam).

Nilai Sebuah Persahabatan

Secebis kasih buat kita rasa SAYANG ….Seucap janji buat kita lebih percaya…..

Sekecil-kecil luka buat hati kita KECEWA…..
Tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA

Hari Bertemu Pembaca


wit kak ida (editor nona) dan syadah

kak ita n ila

Mini Karnival Karangkraf pad 27 Februari -1 Mac lalu buat hidup aku bertambah sibuk. Seminggu awal kami sibuk ke sana kemari mengambil hadiah dan barangan sponser. Tak ketinggalan juga mengadakan persiapan untuk gerai. Mana nk balut hadiah dan sebagainya.

Pun dalam pada sibuk tu...kami juga terpaksa menyiapkan bahan untuk Mei 2009. Bayangkan betapa payahnya nak lakukan semua tu sekali. Nasib jugak aku ada 2 3 bahan stok..bleh la curi-curi waktu untuk menguruskan hal karnival.

Hari pertama karnival, badan jadi terkejut dan kalut semacam. Maklumlah dh lama tak turun padang, kalau adapun setahun sekali je...itupun time Pesta Buku. Masuk hari kedua badan jadi lemau dan penat semacam. Balik rumah je terus nk pikir berehat. Rancangan menarik kt TV pun cuma jd santapan kosong pada jiwa aku. Tapi ntah macam mana hari ketiga bawak semangat skit pada aku. Mungkin jugak hari tu aku dah kembali sihat macam orang. Kalau tak, nak berdiri pun aku rasa x mampu. Alhamdulillah...syukur pada Tuhan.

Walaupun penat, jauh disebaliknya rasa seronok tidak terhingga bila melihat majalah yang aku tulis selama ni terjual habis. Sampai hari penutup, jam 8 30 malam, baki yang ada tinggal sekeping je. Alhamdulillah sangat2. Rasa kepuasan tidak terhingga walaupun time tu hujan lebat selebatnya sampai banjir gerai kami.


Keseronokan utama tentulah dapat berjumpa dengan pembaca Majalah Rasa sendiri. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak dapatkan majalah ni. Ada pula yang tidak mahu bergerak dari gerai kami hanya semata-mata menunggu stok yang tak sampai-sampai. Tak kurang juga yang memberikan nasihat dan apa yang mereka inginkan lebih dari majalah ini. Sungguh...terima kasih aku ucapkan. Semua ni semacam satu semangat untuk aku bekerja lebih gigih. Terima kasih semuanya.

MalamAIRMATA....

Minggu ni minggu yang paling busy pada aku sampaikan aku langsung tak berkesempatan nak bukak blog ni. Bukak pun tak sempat, inikan pula menulis dan meluahkan rasa hati. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak kongsi bersama-sama dengan semua. Malam airmata yang menjadikan aku insan lebih prihatin dan penyayang pada insan yang satu ni...

Malam isnin lepas, aku memang penat gila2 sebab siangnya aku shooting. Tapi disebabkan rakan serumah yang mintak aku ajarkan memandu sbb nak test JPJ, so aku gagahkan juga untuk mengajar. Tambah plak aku dok sebelah jer...so relaks la skit. Aku pun masuk tempat duduk kereta untuk keluarkan kereta dari garaj. Selesa dengan kedudukan aku pun menekan pedal minyak melepasi gate. Aku berhenti depan gate sambil tunggu rakan serumah tutup gate. Sambil tunggu dia, aku pun dok leka carik-carik lagu best kat corong radio...bila berpaling ja ke depan, terus aku terkejut tengok budak umah aku dengan muka terkejut dia. Aku turunkan cermin kereta..." kak, ada kucing kat belakang", kata dia sambil muka penuh celaru.

" Kenapa?" tanya aku selamber. "Rasanya akak dah terlanggar dia la...". " Hah..takkanlah", kata aku pasti. Sebaik aku turun...ya Allah...yang aku nampak ada tiga ekor anak kucing sedang menggelupur kesakitan. Ya Allah, apa yang aku dah buat. Langkah aku terhenti dekat gate. Kaku. Aku minta budak umah aku tengokkan keadaan tiga ekor kucing tu. Antara rasa bersalah, tak percaya, sedih, tak sangka, tak boleh terima hakikat dan macam-macam semuanya bermain kat kepala hotak aku ni. Aku jadi kaku yang teramat sangat sampaikan aku tak boleh nak ke depan tengok apa yang berlaku. Dari jauh, dalam samar-samar malam aku nampak tiga ekor anak kucing nyawa-nyawa ikan sambil menggelupur. "Kepala dia berdarah, ada isi2 terkeluar", kata budak umah aku. "Apa kita nak buat ni, nak kena bawak ke klinik haiwan ni", pikir aku dalam hati. Sambil ligat otak aku berfikir, sorang budak umah aku menstabilkan situasi mintak kami teruskan niat supaya belajar memandu. Dia kata biarkan dulu kucing tu dengan maknya.

Kerana memang dah niat nk ajar drive...kami teruskan jugak hasrat tu sambil biarkan kisah kucing tu. Lagi pun mak kucing tu ada dekat-dekat dengan anak-anak dia sambil bengis marahkan kami yang cuba hampiri anak dia. Wah sedihnya aku time tu. Sepanjang jalan hati aku langsung tak tenteram. Aku banyak diam dan berfikir apa yang aku nk buat bila balik nanti. Ramai2 kami plan nak angkat dan tanam ketiga2 anak kucing tu depan rumah.

Tapi agak terkejut bila dah balik...usahkan 'mayat' kucing, kesan darah pun dibersihkan kemas atas lantai. Rupanya si ibu kucing dah bawa selamatkan anak dia. Ke mana, aku langsung tak pasti. Lebih bersalah rasanya pada aku....sepanjang malam aku tak berapa nk lelap mata. Aku terbayang2 muka ibu kucing yang bengis dan kesedihan yang dia alami. Bukan seekor tapi ketiga2 anak dia jadi korban tayar aku malam tu. Sungguh aku langsung tak nampak kelibat kucing ni dibawah kereta aku. Biasanya kalau enjin dihidupkan, kucing yang kat bawah keta lari bertempiaran...ni tak plak. Lagipun selama ni tak pernah plak ada anak kucing terlihat kat umah kami ni. Pelik memang pelik...

Hampir bermalam-malam jugaklah aku jadi murung dan serba salah dengan situasi ni. Aku rasa aku macam pembunuh, bukan 1 tapi tiga nyawa. Bayangkan apa aku rasa....tiap saat aku terbayang wajah mak kucing tu. Tragis jugaklah. Aku tak tau nak buat apa sampaikan aku baca yasin untuk sedekahkan pada anak kucing dan kawal diri aku yang tak berapa nak stabil ni. Doa aku, mudah2an jiwa aku lebih bersih, menginsafi apa yang terjadi dan lebih prihatin tiap kali nak drive. Takut jugaklah kejadian sama berulang kembali....

p/s: Bengkak jugalah mata aku malam tu..

Di suatu petang Ahad...

Pix ni diambil masa jalan-jalan time boring giler di satu petang Ahad. Tak tau kenapa hari tu lain macam lemaunyer...so kami pun pegi la ke Tanjung Harapan. Petang boring kami kira ok jugak la...










Go! Go! Go!..Win! Win! Win!....

Sekadar nak berkongsi cerita suka (masuk gol la) dan duka (sakit kaki beb) main futsal. Paling enjoy time peluh menitik-nitik...rasa nikmat semacam. Lain macam lak rasanya dari swimming dan jogging. Ntah la kenapa...kot sbb aktiviti ni ala-ala pertarungan gamaknya. Sumua orang ada visi dan misi yang sama....gol la beb. Walaupun kaki pancit, aku cukup suka main permainan kejar bola satu ni...dah tentu2 aku pun dah TERSUKA.
Adoiii..accident lak.
Go go gurlz!


Ni aksi apa lak ni beb..

Pose tengah padang. Ntah bila masa bebudak ni nk start main ni..

Pose spontan dan manja time tunggu Sport Planet bukak.
Pot ni lawa la, shooting fesyen mesti meletup.

p/s: Berdebar tunggu jumaat utk cabut undi...sapelah plak Geng kali ni.



Jom Futsal...

Haiyakkk...

Tak terlambat sgt rasanya aku nk masukkan pix aku masa lawan futsal hari tu. Gara-gara pertarungan sengit ni la, kaki aku 'cun' sampai skrg. Tak kisahlah janji team aku menang 7-3 hari tu. Nasib gak la ayam tambahan team depa dah pancit, dapat la kami menang besar. Ishkkss..silap, kalau tak pancit pun harapan menang tu memang dh nampak cuma saja buat2 cool je dulu. Untuk I, A dan S...pastikan kita menang besar lagi this weekend.


Pose lepas penat.


Suma dah pancit ker?
Barisan pelapis negara.