Jom Futsal...

Haiyakkk...

Tak terlambat sgt rasanya aku nk masukkan pix aku masa lawan futsal hari tu. Gara-gara pertarungan sengit ni la, kaki aku 'cun' sampai skrg. Tak kisahlah janji team aku menang 7-3 hari tu. Nasib gak la ayam tambahan team depa dah pancit, dapat la kami menang besar. Ishkkss..silap, kalau tak pancit pun harapan menang tu memang dh nampak cuma saja buat2 cool je dulu. Untuk I, A dan S...pastikan kita menang besar lagi this weekend.


Pose lepas penat.


Suma dah pancit ker?
Barisan pelapis negara.





Dah TERSUKA..

Dengar la lagu ni oi....best oo.

RIA RESTI FAUZI - CINTAKU SAMPAI KE EUTOPHIA
(Click sini untuk download)

Kalau kau benar sayang padaku
Dan kalau kau benar cinta
Ucapkanlah janji setiamu
Kalau kau benar sungguh mau
Semua milikku untukmu
Jiwa dan ragakusemuanya milikmu

Bukanlah emas permata(intan berlian?)
Juga bukan gemerlap dunia(bintang-bintang?)
Bulan madu aku pun tak minta
Asalkan kita dapat berduaaku pun bahagia
Kemana pun kamu pergi ku kan ikut kamu
walau ke ujung dunia

Jangankan gunung Fujiyama,
Puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Eutophia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku,
Ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu

Jangankan gunung Fujiyama,puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Eutophia ku ikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku,
Ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang
Jangan.. jangan.. jangan kau lupa janjimu
Oh Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang

Sok Hari Sabtu..

Huureyyyyyy...just nk bgtau sok cuti...yihaaaaa...

Sok buat pertama kalinya aku mau bikin satu projek besar..pd aku la. Nak tau apa?? haaa..kenalah tunggu on Monday, what big suprise tuhh...

Watak Buku di Jelmakan?

Nak kata aku taksub dengan filem-filem omputih tak juga lah. Selalu bila decide untuk tengok wayang, aku adil dan saksama antara filem Melayu dan omputih. Tapi bukan juga aku nak memuji filem omputih tapi ni hakikatnya filem yang satu ni memang best. Nak tau kisah apa? Tentulah Inkheart...last week aku saja try booking filem ni tanpa sebarang info pun mengenai filem ni. Wowww..itu yang boleh aku katakan.

Filem simple dan ringkas ni lain dari yang lain. Pada aku idea mat saleh memang brilliant la..pernah tak kita terfikir untuk jelmakan watak dalam buku melalui pembacaan secara lisan? Tak pernah kan?? Tapi ni yang si director tu bikin. Wallahhh la...paling best tgk macamna dia bikin percantuman dan pusingan watak gara-gara heronya yang membaca dengan kuat dan penuh perasaan. Dalam pada unsur imaginasi ni jugak ada unsur-unsur sedih dan kemanusiaan. Nangis jugak la skit airmata jantan aku nihhh tgk anak dia bertemu dengan mak dia sejak sekian lama disebabkan mak dia yang dah termasuk dalam 'dunia' buku tu.

Mesti peningkan nak pikir pasal watak dan gabungan yang dia buat? Nak faham rasanya kenalah tonton sendiri. Yang pasti pada aku filem Brandan Fraser kali ni tidaklah dianggap gagal seperti sangkaan setengah pihak kat dia. Best la...

Aku tengah terpikir kalau Yusri bikin filem macam ni bleh nampak real ke kt Msia ni? Mesti banyak tol rintangan dan cacian kat dia, mcm mula2 nk bikin Cicak Man dulu lah kot. Tapi kalau dia cuba..aku rasa dia orang paling layak buat filem seumpama ni sbbnya sedikit sebanyak dia punya idea yang semacam tu...cayalah Yusri.

Nak sangat tunggu 'buah tangan' dr Msia yang macam ni...

Better In Time..

Memang aku pernah dengar lagu ni dlm radio, best. Tapi tak tau lak lagu ni tajuk apa...cuma tau penyanyinya jer..tapi bila sorang member soh jugak2 aku dengar lagu ni, wahhh baru aku tau lanjut pasal ini lagu. Yang bleh aku kata...best bangat!. Suara usah cakaplah...wallahhhh...liriknya lebih bermakna lagi bg yang benar2 maksudkannya.


Better In Time - Leona Lewis

Oooh oooh....Hmmmmh

It's been the longest winter without you
I didn't know where to turn to
See somehow I can't forget you
After all that we've been through

Going Coming Thought I heard a knock(Whose there, Noone?)
Thinking that (I deserve it)
Now I have realised
That I really didn't knoo
OooOw

If you didn't notice
You mean everything (quickly I'm learning)
To love again (all I know is)
I'm be oooOook*

Thought I couldn't live without you
It's going to hurt when it heals too
Oh yeaah (It'll All get better in time)
Even though I really love you
I'm gonna smile because I
deserve too
Oooh(It'll all get better in time)

I could of turned on the TV
Without something that would remind me
Was it all that easy?
To just put us out your feeling

If i'm dreamin
Don't want to let it (hurt my feelings)
But that's the past (i believe it)
And I know that, time will heal it

If you didn't notice
Well you mean everything (quickly i'm learning)
Oooh turn up again (All I know is)
I'm be ok

[Repeat *]
Since there's no more you and me (No more you and me)
This time I let you go so
I can be free
And Live my life how it should be(No No No No No No)
No matter how hard it is
I will be fine without you
Yes I Will

Makanan Singapura di Majalah RASA

Makanan Thailand sering jadi pilihan kita semua, namun berbeza plak dengan makanan Singapura. Korang pernah makan ke makanan Singapura ni? Ke sebenarnya tak tau apa makanan Singapura tu sendiri? Macam aku, setelah dibuat kajian baru aku tau makanan Singapura ni banyak dipengaruhi oleh pelbagai budaya, sama seperti masyarakat campur di Singapura. Makanan Singapura banyak di pengaruhi oleh masyarakat Melayu, Indonesia dan paling utama pengaruh Cina yang sangat kuat di sana. Yang aku tahu, masyarakat Singapura kebanyakannya tak gemar makan makanan pedas, malah sos lah jadi pilihan utama. Mungkin yang makan pedas tu ada mix orang negeri 9 gamaknya ataupun dah belajar makan pedas sejak merantau.

Apapun kalau nk kenal menu dan resipi istimewa Singapura, bolehlah mendapatkan Majalah RASA, Karangkraf isu bulan Februari 2009. Resipi Sup Tulang Merah, Mihun Singapura dan

Ketam Bercili serta aneka kuih muih seperti Kue Dadar, Kue Lapis, Talam Sengkuang dan sebagainya boleh diperolehi di dalamnya. Selamat Mencuba.

Tahun Baru di Terengganu...

Entah macam mana tahun ni aku membuka tirai tahun 2009 di Kuala Terengganu, satu-satunya tempat yang belum pernah aku jejaki. Dulu masa kecik-kecik pernah la sampai Terengganu tapi di Besut sahaja, tapi tak pula di Kuala Terengganu. Terasa sedikit asing di sini....mula-mula je lah. Pas aku dah terror ngan jalan kt sana, Kuala Terengganu ni macam home town aku lak rasanya...kehkehkeh.

Seronok gak sesekali meredah negeri orang walaupun atas tugasan kerja. Kata orang, sambil menyelam minumlah air sekali...walaupun aku tak tau apa-apa pasal jalan di Terengganu. Yang aku ada hanya peta Terengganu yang aku carik dalam internet dan tanya rakan-rakan seopis serta pandu arah melalui telefon oleh En Amir (yang menyambut kedatangan kami). Terima kasih pada Encik Amir yang menunjukkan arah secara detail dari Marang hinggalah ke Batu Rakit. Terpuji betul sifat dia ni....suka aku.

Terengganu memang cantik dan tersendiri sekali pada aku. Sepanjang jalan aku tak terasa penatnya kerana pantai yang cukup mengujakan di sepanjang jalan. 7 jam memandu langsung tak terasa pada aku...walaupun hujan lebat sepanjang jalan.

Laut yang membahaya (ada bendera merah beb) cukup mengujakan aku. Tambah plak bilik penginapan kami, Gem Beach Resort di Batu Rakit, terletak betul-betul dengan pantai. Tiap malam aku dengar ombak 'mengganas' dengan kuatnya...ermmm, kampung aku mana nk dapat bunyik camni. Yang ada hanya cengkerik ntah dari celah mana.

Paling best, aku sempat melihat macam mana keropok lekor dibuat secara tradisional di Seberang Takir. Memang best giler aku rasa...sempat gak aku mengabadikan gmbr peribadi di celah-celah makcik uli tepung sagu tuh. Walaupun aku bukan penggemar keropok lekor (tak makan langsung) tapi cara pembuatannya yang tradisi habis buat aku kagum...Pada aku semua masyarakat di Terengganu memang gigih dan tersendiri. Itu tambah buat aku kagum lagi.

Empat hari di sana memang tak cukup pada aku. Mana nak kejar shooting dan memenuhi bahan Mac. Tapi aku dan Yanti tetap curi-curi masa melawat Masjid Kristal dan monumen masjid yang sebanyak 22 buah tuh. Sempat jugaklah kami bersolat di masjid yang diiktiraf ni. Paling utama aku dan Yanti dah sampai Tajmahal dan Masjidil Haram di sana...cukuplah, maklumlah nk ke Mekah belum berkemampuan rasanya.

Paling menarik lagi, dalam perjalanan pulang...kami redah mana-mana kampung di sisir pantai untuk ambil gambar. Aku rasa ini impian atau angan-angan dalam mimpi aku kot...nk berada di pantai yang cantik tapi jauh dari permandangan biasa yang pernah aku lihat. Inilah dia!

Terasa kenangan di tiup angin menggila dan ombak yang seolah mengejar kami tak mampu aku lupakan sampai bila-bila. Aku pasti akan ke Terengganu sekali lagi...untuk percutian, bukannya kerja. Pasti!