Cuba jadiKECIL...

Bulan Mei sememangnya bulan cabaran buat aku. Cabaran untuk menjadi lebih KECIL tetapi BESAR usahanya. Payah untuk aku rungkainya..camna tuh. Ni soal emosi dan bla bla bla. Cabaran yang pertama adalah aku terpaksa mengecilkan saiz aku, dalam erti kata lain menurunkan berat badan lah beb. Bukan apa awal bulan ni aku dah dinasihatkan oleh doktor peribadi aku..(yelah tu) untuk menurunkan berat gara-gara masalah kaki yang aku deritai sejak setahun lalu. Sakit beb.

Dah macam-macam cara aku buat termasuklah berurut dan akupuntur. Cucuk-cucuk jarum bagai nak pengsan tapi hasilnya tetap tak berubah. Last sekali, doktor nasihatkan aku untuk turunkan berat..nak tak nak aku terpaksa lah. Secara positifnya, ni lah masanya untuk aku menurunkan berat yang langsung aku tak terfikir pun sebelum ni. Alah..tak kisahpun dengan berat macam ni, selagi nampak tak keterlaluan, aku ok je. Tapi kali ni aku memang terpaksa, bukan untuk CANTIK tapi untuk SIHAT. Kata orang 'Sakit untuk Cantik', tapi aku ni apa ha? Arghhh..apa2 je lah, yang penting kini menu aku hari-hari adalah mihun dan makanan seumpamanya...nasi makan jugak untuk tenaga tetapi sedikit. Yang penting, diet aku secara sihat.

Cabaran yang kedua ni lebih bermakna untuk aku, sukar nak dirungkaikan. Dan sedih untuk aku nyatakan juga. Apabila melibatkan soal kerjaya ni, aku jadi kelam skit. Rasa sedih usah cakaplah tapi apakan daya untuk aku melawan semuanya...Rasanya semua orang pun terpaksa terima 'the Big Bang story'. Ermmm..what to do..Ya Allah aku mohon diberikan kekuatan sekali lagi.

p/s: Tapi semalam aku makan nasi banyak la...ermmm

Makin Celik IT..

Tahu tak selama ni yang aku jarang la berminat sangat pasal-pasal IT ni. Ntah la, boring kot. Tapi ntah kenapa sejak umur makin meningkat ini aku makin gelinjang nak cuba itu dan ini. Bukan keterlaluan, tapi cukuplah aku berpuas hati untuk diri aku sendiri. Better than nothing kan.

Blogging dari tepon

wah hebatkan bunyinya. Betul, ni first time wa blogging through fon. Kebetulan lak tumpang wifi org sebelah, apa lagi cuba2 la, syok la gak. Tambah lak bleh taip pkai fon sambil tgk tv. Rasa jauh lebih relaks dan x ssh payah nak on notebook. Ermm pokok kata best la. Kalau nak tau time ni gak aku tgh tunggu puding karemel masak. Entah la, sejak mencuba hari tu aku jadi bangga lak dgn hasilnya langsung jadi suka dgn puding ni. Sampaikan ada jugak la member yang tempah balik kg. Alhamdulillah la. Ermm pape pun bkn karemel yg nak aku bgtau, tp pasal seronoknya taip dgn fon sambil baring depan tv..ntah bila agaknya yer..

Daging Masak Sultan...kasik leleh air liur daaa...

Ntah kenapa lak kali ni hati aku tergerak nak kongsikan resipi yang baru aku shooting untuk bahan Februari lalu. Mungkin jugak time ni lapar kot.... Kalau ada yang perasan, aku dh pun pernah story dalam post terdahulu pasal resipi sedap ni. Resipi ni sebenarnya resipi keluarga Kak Hamidah dari Pulau Pinang. Ya Allah, tak tau nak cakap rasanya camna. Memang sedap...sangat2. Cubalah yer...

DAGING MASAK SULTAN

BAHAN-BAHAN:
1kg daging -dipotong sederhana kecil
4 biji bawang besar
2 sudu makan bawang putih dan halia kisar
4 sudu makan pes sup (Kimball)
1 sudu makan kicap
4 sudu makan serbuk cili
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
1/2 sudu teh serbuk kunyit
30gm daun pudina
20gm daun ketumbar
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus daging bersama serbuk cili, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan air hingga daging empuk.
2. Panaskan minyak dan goreng hirisan daging yang siap direbus tadi hingga masak. Ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili hijau, daun ketumbar dan daun pudina hingga naik baunya.
4. Masukkan air rebusan daging, pes sup (Kimball) dan juga kicap.
Biarkan hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging goreng tadi dan biarkan hingga mendidih.
6. Sedia dihidangkan.


p/s: Time makan tu aku sebenarnya nak tambah nasi lagi, tapi malu ya amat...teringat-ingat sampai sekarang.

Jom Balik Kampung...

Rasanya dah lama sangat aku tak menjengah tanah kelahiran aku ni. Kali terakhir aku menjejakkan kg tercinta, raya haji yang lalu. Dalam dua bulan apa la gamaknya yang jadi kat kg aku....tanah merah sekian lama tu dah berturap kot gamaknya. Gamaknya lah...Untuk itu, sok aku pastikan apa yang latest di sana. Mana tau parit2 di sepanjang jalan dah tukar jadi lautan luas, atau tanah bendang di sekeliling rumah aku dah jadi ladang kelapa sawit ...sapa tau kan??

Doakan perjalanan aku selamat ya...untuk teman2 opis (yang bc lah)...jgn rindukan aku okei.

KurnianTUHAN SEMESTA ALAM

DEMI MATAHARI

Demi matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit dan serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah

Demi matahari dan sinarnya dipagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit dan serta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah
Allah Subhanaallah

Allah mengilhamkan sumber kefasikkan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya....subhanallah.

(lirik lagu yang dipetik daripada surah As Syam).

Nilai Sebuah Persahabatan

Secebis kasih buat kita rasa SAYANG ….Seucap janji buat kita lebih percaya…..

Sekecil-kecil luka buat hati kita KECEWA…..
Tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA

Hari Bertemu Pembaca


wit kak ida (editor nona) dan syadah

kak ita n ila

Mini Karnival Karangkraf pad 27 Februari -1 Mac lalu buat hidup aku bertambah sibuk. Seminggu awal kami sibuk ke sana kemari mengambil hadiah dan barangan sponser. Tak ketinggalan juga mengadakan persiapan untuk gerai. Mana nk balut hadiah dan sebagainya.

Pun dalam pada sibuk tu...kami juga terpaksa menyiapkan bahan untuk Mei 2009. Bayangkan betapa payahnya nak lakukan semua tu sekali. Nasib jugak aku ada 2 3 bahan stok..bleh la curi-curi waktu untuk menguruskan hal karnival.

Hari pertama karnival, badan jadi terkejut dan kalut semacam. Maklumlah dh lama tak turun padang, kalau adapun setahun sekali je...itupun time Pesta Buku. Masuk hari kedua badan jadi lemau dan penat semacam. Balik rumah je terus nk pikir berehat. Rancangan menarik kt TV pun cuma jd santapan kosong pada jiwa aku. Tapi ntah macam mana hari ketiga bawak semangat skit pada aku. Mungkin jugak hari tu aku dah kembali sihat macam orang. Kalau tak, nak berdiri pun aku rasa x mampu. Alhamdulillah...syukur pada Tuhan.

Walaupun penat, jauh disebaliknya rasa seronok tidak terhingga bila melihat majalah yang aku tulis selama ni terjual habis. Sampai hari penutup, jam 8 30 malam, baki yang ada tinggal sekeping je. Alhamdulillah sangat2. Rasa kepuasan tidak terhingga walaupun time tu hujan lebat selebatnya sampai banjir gerai kami.


Keseronokan utama tentulah dapat berjumpa dengan pembaca Majalah Rasa sendiri. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak dapatkan majalah ni. Ada pula yang tidak mahu bergerak dari gerai kami hanya semata-mata menunggu stok yang tak sampai-sampai. Tak kurang juga yang memberikan nasihat dan apa yang mereka inginkan lebih dari majalah ini. Sungguh...terima kasih aku ucapkan. Semua ni semacam satu semangat untuk aku bekerja lebih gigih. Terima kasih semuanya.

MalamAIRMATA....

Minggu ni minggu yang paling busy pada aku sampaikan aku langsung tak berkesempatan nak bukak blog ni. Bukak pun tak sempat, inikan pula menulis dan meluahkan rasa hati. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak kongsi bersama-sama dengan semua. Malam airmata yang menjadikan aku insan lebih prihatin dan penyayang pada insan yang satu ni...

Malam isnin lepas, aku memang penat gila2 sebab siangnya aku shooting. Tapi disebabkan rakan serumah yang mintak aku ajarkan memandu sbb nak test JPJ, so aku gagahkan juga untuk mengajar. Tambah plak aku dok sebelah jer...so relaks la skit. Aku pun masuk tempat duduk kereta untuk keluarkan kereta dari garaj. Selesa dengan kedudukan aku pun menekan pedal minyak melepasi gate. Aku berhenti depan gate sambil tunggu rakan serumah tutup gate. Sambil tunggu dia, aku pun dok leka carik-carik lagu best kat corong radio...bila berpaling ja ke depan, terus aku terkejut tengok budak umah aku dengan muka terkejut dia. Aku turunkan cermin kereta..." kak, ada kucing kat belakang", kata dia sambil muka penuh celaru.

" Kenapa?" tanya aku selamber. "Rasanya akak dah terlanggar dia la...". " Hah..takkanlah", kata aku pasti. Sebaik aku turun...ya Allah...yang aku nampak ada tiga ekor anak kucing sedang menggelupur kesakitan. Ya Allah, apa yang aku dah buat. Langkah aku terhenti dekat gate. Kaku. Aku minta budak umah aku tengokkan keadaan tiga ekor kucing tu. Antara rasa bersalah, tak percaya, sedih, tak sangka, tak boleh terima hakikat dan macam-macam semuanya bermain kat kepala hotak aku ni. Aku jadi kaku yang teramat sangat sampaikan aku tak boleh nak ke depan tengok apa yang berlaku. Dari jauh, dalam samar-samar malam aku nampak tiga ekor anak kucing nyawa-nyawa ikan sambil menggelupur. "Kepala dia berdarah, ada isi2 terkeluar", kata budak umah aku. "Apa kita nak buat ni, nak kena bawak ke klinik haiwan ni", pikir aku dalam hati. Sambil ligat otak aku berfikir, sorang budak umah aku menstabilkan situasi mintak kami teruskan niat supaya belajar memandu. Dia kata biarkan dulu kucing tu dengan maknya.

Kerana memang dah niat nk ajar drive...kami teruskan jugak hasrat tu sambil biarkan kisah kucing tu. Lagi pun mak kucing tu ada dekat-dekat dengan anak-anak dia sambil bengis marahkan kami yang cuba hampiri anak dia. Wah sedihnya aku time tu. Sepanjang jalan hati aku langsung tak tenteram. Aku banyak diam dan berfikir apa yang aku nk buat bila balik nanti. Ramai2 kami plan nak angkat dan tanam ketiga2 anak kucing tu depan rumah.

Tapi agak terkejut bila dah balik...usahkan 'mayat' kucing, kesan darah pun dibersihkan kemas atas lantai. Rupanya si ibu kucing dah bawa selamatkan anak dia. Ke mana, aku langsung tak pasti. Lebih bersalah rasanya pada aku....sepanjang malam aku tak berapa nk lelap mata. Aku terbayang2 muka ibu kucing yang bengis dan kesedihan yang dia alami. Bukan seekor tapi ketiga2 anak dia jadi korban tayar aku malam tu. Sungguh aku langsung tak nampak kelibat kucing ni dibawah kereta aku. Biasanya kalau enjin dihidupkan, kucing yang kat bawah keta lari bertempiaran...ni tak plak. Lagipun selama ni tak pernah plak ada anak kucing terlihat kat umah kami ni. Pelik memang pelik...

Hampir bermalam-malam jugaklah aku jadi murung dan serba salah dengan situasi ni. Aku rasa aku macam pembunuh, bukan 1 tapi tiga nyawa. Bayangkan apa aku rasa....tiap saat aku terbayang wajah mak kucing tu. Tragis jugaklah. Aku tak tau nak buat apa sampaikan aku baca yasin untuk sedekahkan pada anak kucing dan kawal diri aku yang tak berapa nak stabil ni. Doa aku, mudah2an jiwa aku lebih bersih, menginsafi apa yang terjadi dan lebih prihatin tiap kali nak drive. Takut jugaklah kejadian sama berulang kembali....

p/s: Bengkak jugalah mata aku malam tu..

Di suatu petang Ahad...

Pix ni diambil masa jalan-jalan time boring giler di satu petang Ahad. Tak tau kenapa hari tu lain macam lemaunyer...so kami pun pegi la ke Tanjung Harapan. Petang boring kami kira ok jugak la...










Go! Go! Go!..Win! Win! Win!....

Sekadar nak berkongsi cerita suka (masuk gol la) dan duka (sakit kaki beb) main futsal. Paling enjoy time peluh menitik-nitik...rasa nikmat semacam. Lain macam lak rasanya dari swimming dan jogging. Ntah la kenapa...kot sbb aktiviti ni ala-ala pertarungan gamaknya. Sumua orang ada visi dan misi yang sama....gol la beb. Walaupun kaki pancit, aku cukup suka main permainan kejar bola satu ni...dah tentu2 aku pun dah TERSUKA.
Adoiii..accident lak.
Go go gurlz!


Ni aksi apa lak ni beb..

Pose tengah padang. Ntah bila masa bebudak ni nk start main ni..

Pose spontan dan manja time tunggu Sport Planet bukak.
Pot ni lawa la, shooting fesyen mesti meletup.

p/s: Berdebar tunggu jumaat utk cabut undi...sapelah plak Geng kali ni.



Jom Futsal...

Haiyakkk...

Tak terlambat sgt rasanya aku nk masukkan pix aku masa lawan futsal hari tu. Gara-gara pertarungan sengit ni la, kaki aku 'cun' sampai skrg. Tak kisahlah janji team aku menang 7-3 hari tu. Nasib gak la ayam tambahan team depa dah pancit, dapat la kami menang besar. Ishkkss..silap, kalau tak pancit pun harapan menang tu memang dh nampak cuma saja buat2 cool je dulu. Untuk I, A dan S...pastikan kita menang besar lagi this weekend.


Pose lepas penat.


Suma dah pancit ker?
Barisan pelapis negara.





Dah TERSUKA..

Dengar la lagu ni oi....best oo.

RIA RESTI FAUZI - CINTAKU SAMPAI KE EUTOPHIA
(Click sini untuk download)

Kalau kau benar sayang padaku
Dan kalau kau benar cinta
Ucapkanlah janji setiamu
Kalau kau benar sungguh mau
Semua milikku untukmu
Jiwa dan ragakusemuanya milikmu

Bukanlah emas permata(intan berlian?)
Juga bukan gemerlap dunia(bintang-bintang?)
Bulan madu aku pun tak minta
Asalkan kita dapat berduaaku pun bahagia
Kemana pun kamu pergi ku kan ikut kamu
walau ke ujung dunia

Jangankan gunung Fujiyama,
Puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Eutophia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku,
Ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu

Jangankan gunung Fujiyama,puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Eutophia ku ikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku,
Ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang
Jangan.. jangan.. jangan kau lupa janjimu
Oh Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang

Sok Hari Sabtu..

Huureyyyyyy...just nk bgtau sok cuti...yihaaaaa...

Sok buat pertama kalinya aku mau bikin satu projek besar..pd aku la. Nak tau apa?? haaa..kenalah tunggu on Monday, what big suprise tuhh...

Watak Buku di Jelmakan?

Nak kata aku taksub dengan filem-filem omputih tak juga lah. Selalu bila decide untuk tengok wayang, aku adil dan saksama antara filem Melayu dan omputih. Tapi bukan juga aku nak memuji filem omputih tapi ni hakikatnya filem yang satu ni memang best. Nak tau kisah apa? Tentulah Inkheart...last week aku saja try booking filem ni tanpa sebarang info pun mengenai filem ni. Wowww..itu yang boleh aku katakan.

Filem simple dan ringkas ni lain dari yang lain. Pada aku idea mat saleh memang brilliant la..pernah tak kita terfikir untuk jelmakan watak dalam buku melalui pembacaan secara lisan? Tak pernah kan?? Tapi ni yang si director tu bikin. Wallahhh la...paling best tgk macamna dia bikin percantuman dan pusingan watak gara-gara heronya yang membaca dengan kuat dan penuh perasaan. Dalam pada unsur imaginasi ni jugak ada unsur-unsur sedih dan kemanusiaan. Nangis jugak la skit airmata jantan aku nihhh tgk anak dia bertemu dengan mak dia sejak sekian lama disebabkan mak dia yang dah termasuk dalam 'dunia' buku tu.

Mesti peningkan nak pikir pasal watak dan gabungan yang dia buat? Nak faham rasanya kenalah tonton sendiri. Yang pasti pada aku filem Brandan Fraser kali ni tidaklah dianggap gagal seperti sangkaan setengah pihak kat dia. Best la...

Aku tengah terpikir kalau Yusri bikin filem macam ni bleh nampak real ke kt Msia ni? Mesti banyak tol rintangan dan cacian kat dia, mcm mula2 nk bikin Cicak Man dulu lah kot. Tapi kalau dia cuba..aku rasa dia orang paling layak buat filem seumpama ni sbbnya sedikit sebanyak dia punya idea yang semacam tu...cayalah Yusri.

Nak sangat tunggu 'buah tangan' dr Msia yang macam ni...

Better In Time..

Memang aku pernah dengar lagu ni dlm radio, best. Tapi tak tau lak lagu ni tajuk apa...cuma tau penyanyinya jer..tapi bila sorang member soh jugak2 aku dengar lagu ni, wahhh baru aku tau lanjut pasal ini lagu. Yang bleh aku kata...best bangat!. Suara usah cakaplah...wallahhhh...liriknya lebih bermakna lagi bg yang benar2 maksudkannya.


Better In Time - Leona Lewis

Oooh oooh....Hmmmmh

It's been the longest winter without you
I didn't know where to turn to
See somehow I can't forget you
After all that we've been through

Going Coming Thought I heard a knock(Whose there, Noone?)
Thinking that (I deserve it)
Now I have realised
That I really didn't knoo
OooOw

If you didn't notice
You mean everything (quickly I'm learning)
To love again (all I know is)
I'm be oooOook*

Thought I couldn't live without you
It's going to hurt when it heals too
Oh yeaah (It'll All get better in time)
Even though I really love you
I'm gonna smile because I
deserve too
Oooh(It'll all get better in time)

I could of turned on the TV
Without something that would remind me
Was it all that easy?
To just put us out your feeling

If i'm dreamin
Don't want to let it (hurt my feelings)
But that's the past (i believe it)
And I know that, time will heal it

If you didn't notice
Well you mean everything (quickly i'm learning)
Oooh turn up again (All I know is)
I'm be ok

[Repeat *]
Since there's no more you and me (No more you and me)
This time I let you go so
I can be free
And Live my life how it should be(No No No No No No)
No matter how hard it is
I will be fine without you
Yes I Will

Makanan Singapura di Majalah RASA

Makanan Thailand sering jadi pilihan kita semua, namun berbeza plak dengan makanan Singapura. Korang pernah makan ke makanan Singapura ni? Ke sebenarnya tak tau apa makanan Singapura tu sendiri? Macam aku, setelah dibuat kajian baru aku tau makanan Singapura ni banyak dipengaruhi oleh pelbagai budaya, sama seperti masyarakat campur di Singapura. Makanan Singapura banyak di pengaruhi oleh masyarakat Melayu, Indonesia dan paling utama pengaruh Cina yang sangat kuat di sana. Yang aku tahu, masyarakat Singapura kebanyakannya tak gemar makan makanan pedas, malah sos lah jadi pilihan utama. Mungkin yang makan pedas tu ada mix orang negeri 9 gamaknya ataupun dah belajar makan pedas sejak merantau.

Apapun kalau nk kenal menu dan resipi istimewa Singapura, bolehlah mendapatkan Majalah RASA, Karangkraf isu bulan Februari 2009. Resipi Sup Tulang Merah, Mihun Singapura dan

Ketam Bercili serta aneka kuih muih seperti Kue Dadar, Kue Lapis, Talam Sengkuang dan sebagainya boleh diperolehi di dalamnya. Selamat Mencuba.

Tahun Baru di Terengganu...

Entah macam mana tahun ni aku membuka tirai tahun 2009 di Kuala Terengganu, satu-satunya tempat yang belum pernah aku jejaki. Dulu masa kecik-kecik pernah la sampai Terengganu tapi di Besut sahaja, tapi tak pula di Kuala Terengganu. Terasa sedikit asing di sini....mula-mula je lah. Pas aku dah terror ngan jalan kt sana, Kuala Terengganu ni macam home town aku lak rasanya...kehkehkeh.

Seronok gak sesekali meredah negeri orang walaupun atas tugasan kerja. Kata orang, sambil menyelam minumlah air sekali...walaupun aku tak tau apa-apa pasal jalan di Terengganu. Yang aku ada hanya peta Terengganu yang aku carik dalam internet dan tanya rakan-rakan seopis serta pandu arah melalui telefon oleh En Amir (yang menyambut kedatangan kami). Terima kasih pada Encik Amir yang menunjukkan arah secara detail dari Marang hinggalah ke Batu Rakit. Terpuji betul sifat dia ni....suka aku.

Terengganu memang cantik dan tersendiri sekali pada aku. Sepanjang jalan aku tak terasa penatnya kerana pantai yang cukup mengujakan di sepanjang jalan. 7 jam memandu langsung tak terasa pada aku...walaupun hujan lebat sepanjang jalan.

Laut yang membahaya (ada bendera merah beb) cukup mengujakan aku. Tambah plak bilik penginapan kami, Gem Beach Resort di Batu Rakit, terletak betul-betul dengan pantai. Tiap malam aku dengar ombak 'mengganas' dengan kuatnya...ermmm, kampung aku mana nk dapat bunyik camni. Yang ada hanya cengkerik ntah dari celah mana.

Paling best, aku sempat melihat macam mana keropok lekor dibuat secara tradisional di Seberang Takir. Memang best giler aku rasa...sempat gak aku mengabadikan gmbr peribadi di celah-celah makcik uli tepung sagu tuh. Walaupun aku bukan penggemar keropok lekor (tak makan langsung) tapi cara pembuatannya yang tradisi habis buat aku kagum...Pada aku semua masyarakat di Terengganu memang gigih dan tersendiri. Itu tambah buat aku kagum lagi.

Empat hari di sana memang tak cukup pada aku. Mana nak kejar shooting dan memenuhi bahan Mac. Tapi aku dan Yanti tetap curi-curi masa melawat Masjid Kristal dan monumen masjid yang sebanyak 22 buah tuh. Sempat jugaklah kami bersolat di masjid yang diiktiraf ni. Paling utama aku dan Yanti dah sampai Tajmahal dan Masjidil Haram di sana...cukuplah, maklumlah nk ke Mekah belum berkemampuan rasanya.

Paling menarik lagi, dalam perjalanan pulang...kami redah mana-mana kampung di sisir pantai untuk ambil gambar. Aku rasa ini impian atau angan-angan dalam mimpi aku kot...nk berada di pantai yang cantik tapi jauh dari permandangan biasa yang pernah aku lihat. Inilah dia!

Terasa kenangan di tiup angin menggila dan ombak yang seolah mengejar kami tak mampu aku lupakan sampai bila-bila. Aku pasti akan ke Terengganu sekali lagi...untuk percutian, bukannya kerja. Pasti!

Perginya 2008...

Rasanya dah lama sangat aku tak melayari dunia blog-blog ni. Ntah la apa sebabnya...tu aku tau tu, tentunya aku terlalu busy menggila la kot. Apa-apa pun sebelum aku dok berceloteh tak tentu hala, aku nk ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua..

Kemunculan Tahun Baru ni tentunya muncul usia baru untuk aku juga. Nak tau berapa?? kehkehkeh tentulah rahsia! (dh rahsia plak). Pada aku umur bukan ukuran segalanya...aku selalu menghitung pada usia ini, apa yang telah aku ada. Paling utama, dapat tak target yang selama ini aku war-warkan untuk nak apa dan apa. War-war ni sure lah aku sorang je yg tau (dlm hati lah tuh beb...)

Paling aku bangga..penutup tahun 2008, dan sebelum usia aku menjangkau setahun lagi, aku dah pun memiliki rumah sendiri..alhamdulillah. Dari hati kecil aku...secara peribadinya, aku rasa aku dah mencapai target untuk memiliki rumah sendiri sebelum usia....?? Tak sangka juga aku dah melakukannya walaupun terasa payahnya. Congratulation dear...

Walaupun luasnya sekangkang kera, dan ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan harganya mahal...tp aku tetap gagahkan hati dan teguhkan jiwa dengan kemahuan aku yang satu ni. Tak kisahlah, asalkan semuanya direstui oleh mak dan pak. Begitu juga dengan kakak-kakak aku yang lain...sepenuhnya menyokong aku walaupun pada mulanya ada skit2 suara-suara sumbeng...hihihi.

Insyaallah, dlm tahun 2009 ni aku akan melangkah ke rumah baru dengan gembiranya. Aku harap sangat gaya hiasan dan penataan sepenuhnya seperti yang aku idamkan selama ni...doa aku moga rezeki aku sentiasa bertambah dari hari ke hari untuk mencantikkan harta yang satu ini.

Pun begitu sebagai manusia, tentunya aku tak lupa pada kewajipan lain. Yang selalu aku ingat...jangan kerana mengejar harta duniawi, bekalan untuk akhirat aku alpa begitu sahaja.

Untuk itu, sempena tahun baru..aku mohon moga diberikan hati yang bersih dan kekuatan iman yang lebih. Moga rezeki aku juga makin bertambah...amin.

Nak rasa perasan glamor tak?


Korang musti tak bape nk cam aku sangat kan? Pix ala-ala dalam galeri dan bilboard ni aku bikin sendiri tau..nk cuba, klik www.photofunia.com. Cubalah.